Assalamualaikum...
Okey tarikh nafas panjang-panjang, entry ini akan memuatkan kisah perit diriku...
Huhu...sebenarnya tiada apa2 pon....saja je nak kongsi, maklumlah aku nie xda tempat nak mengadu
Kadang2 kita akan memilih teman atau kawan yang betul2 untuk dijadikan tempat mengadu...dalam kes aku...tiada!. Entahlah,...mungkin sebab aku susah nak bercakap dengan orang kot...sebab aku seorang yang pendiam...lagi2 bab sedih2....
Kalau boleh aku nak cerita kisah yang happy2 jer...tapi dunia nie kan bulat..kadang kita dibawah...kadang kita diatas...
So....aku nak bagitau, tulis entry nie bukan untuk meminta simpati taw...cuma ingin berkongsi rasa dan ilmu... Pada hari yang dijanjikan appointment untuk jumpa doctor...sebab nak review semua result2 darah yang aku dah amik aritu. Lama juga menunggu giliran...kul 9.30 dah sampai..amik bacaan bp..berat..then tunggu giliran nak jumpa doctor..
Lama giler...perut dah berkeroncong...hohoho...
Forwardkan terus lah ek... malas nak bermukadimah....
Untuk result
Prolaktin : 1418mg
Progesteron : 1.00
Lsh & Fh : normal (x ingat berapa, tp doct kata normal)
Semen Analysis : Normal 85 %
B.p : 99/53
lain2...aku dah x ingat..sebab hati dah hancur luluh macam cerita sinetron pulak
aku sebenarnya dah stop semua supplemen untuk ttc...dah berbulan kot...
gla...bromocriptin dan lain2 semua dah stop...
Hah amik ko.....prolactin dah naik tahap tertinggi dalam hidup aku....
Sedih kecewa semua ada....
Dan paling tak best...doctor yang aku jumpa tu suruh aku amik anak angkat...kenapa celupar sangat doctor nie.. Aku nie kahwin baru 2 tahun lebih kot....lain lah kalau aku dah kahwin 10 tahun lebih...
Doktor bercakap macam sakit aku nie dah x boleh disembuhkan....
Doktor nie x bagi semangat langsung..
So bahagian pakar sakit puan x mahu amik kes aku dan aku telah dihantar ke bahagian pakar perubatan sahaja. Untuk buat treatment prolactin kat bahagian pakar perubatan sahaja...
Sedih....kecewa...kenapa dugaan makin berat..
Aku sms suami...'Yang minta maaf sebab tak boleh mengandung dan bagi anak kat yang'.....carilah penggantiku...
Jumpa suami pon...pegang tangan dia and cakap 'yang minta maaf sebab x dpt bagi yang anak,minta maaf sgt2 yang'...and he says...xpe sabar, kita cuba lagi k..walau apapun yg berlaku yang ttp syg kat yang seorang'