Monday, March 26, 2018

Assalamualaikum 2018

Sudah berkurun lamanya since my last post.

Untuk pengetahuan im still TTC
Tahun ni nak masuk 7 tahun kahwin dan belum ada zuriat lagi.
Tipulah kalau tak sedih kan.
Cuma tak berttc sangat sebab kewangan tak mengizinkan dah...hukhukhuk

Semua appoinment di klinik untuk kesuburan saya dah closed.
Tiada lagi treatment untuk kesuburan.
Yang ada cuma menunggu untuk IUI. Dari last year tunggu..sampai sekarang belum ada panggilan.
Maklumlah buat treatment kat klinik kerajaan je.

Kehidupan...saya dengan hubby masih seperti biasa, macam pasangan masih honeymoon.
Gaduh tu dah jarang lah...hal zuriat pun kami lebih pada redha je dengan dugaan kami. Tiada bahas sanga hal zuriat ni...

Saya pula...masih struggle tuk turunkan berat badan. Now..berat saya dah mencecah 69kg hukhukhuk lagi. Entahlah...memang susah kot nak turunkan berat untuk yg PCOS ni...kannnnnn

Anyway...thanks sebab baca luahan hati saya.

Sunday, March 13, 2016

IUI 1/2016 Gagal

Assalamualaikum....

Dengan ini diumumkan Iui pertama saya dah gagal sebab period datang tepat pada waktunya.
Sedih sangat...tapi tak terkeluar air mata. Puas pujuk hati untuk menangis...tapi tak nangis2 jg..
Sebab kalau dah nangis kan hati jadi tenang....


jap entry bersambung..nak breakfast dulu

Wednesday, February 17, 2016

Perjalanan IUI 1/2016

Assalamualaikum......

Seperti yang saya bincangkan sebelum ni....
Kemungkinan saya akan proceed IUI, memandangkan suami dah masuk umur 30 tahun dan saya dah masuk 29 tahun.
So 1st period saya jatuh pada 10.02.2016. 
Hari kedua period saya terus ke Klinik untuk rawatan kesuburan.
So masa hari kejadian.....appoinment saya adalah pada waktu petang.
Tapi kejap je bincang2 dengan doct julie tu....
Dia scan perut...lepas tu bagi penerangan2 sikit..
Dan mengikut history ttc saya....doct suggestkan makan ubat subur.
Ubat yang dibekalkan :
Clomid - 150mg x 5hari
Metformin - 500mg x 30hari
Bromocptin - 1/2 pil x 30hari
Ubat tahan muntah...tak ingat nama makan sekali dengan bromocriptin
Kos
Consultation : RM 40
Scan : RM 40
Ubat : RM115
Total : RM 195.00

Nex appoinment 23.02.2016 untuk cek telur2 samada berjaya membesar atau tidak...dan kalau besar kemungkinan akan proceed IUI sekali
Semoga Allah izinkan saya menimang cahaya mata sendiri...aamiinnn


Wrote by
Mummy Adam
27.02.2016

DIET LAGI

Assalamualaikum teman alam maya...

Harini entry kita semestinya sinonim dengan wanita..iaitu berat badan.
Sejujurnya masa tengah taip entry arini...berat aku adalah 65.4 kg.
Januari aritu = 71.00kg
Harini Feb = 65.4
Maknanya aku dah berjaya buang 5.6kg
Itu pun aku guna kaedah diet atkins yang x berapa nak atkins sangat.
Kira low carb je...sbb ada carbs yang aku kadang bedal je..

So rasa-rasa aku kna continue tak diet atkins tu...sbb aku tengah makan ubat hormon
jadi nafsu makan tu membuak-buak macam singa lapar.
Kadang rasa macam hypo pulak....

Aku cadang nak buat diet kira kalori...tapi aku takut sbb badan aku ni sensitif carbohydrates!
blurrrr.......xtaw nak buat apa. Hormon2 badan ni buat aku susah nak turunkan lagi 10kg tu.

please bagi suggestion...


Wrote by
Mummy Adam
17.02.2016

Friday, February 12, 2016

IUI....Mungkinkah?

Assalamualaikum,....


Persoalan yang bermain di mindaku...adakah aku patut untuk mencuba IUI?
Aku dah berbincang dengan suami...suami setuju untuk buat IUI ni...walaupun dia sendiri belum faham lagi konsep IUI ni. Tapi saya dah explainkan...memandangkan umur suami dah masuk 3 series..saya pun dah 29. Rasanya tahap kesuburan pun dah nak berkurang dah.
So rasanya harini nak pergi klinik untuk cek apa2 yang apa2 yang patut dan bincang sama ada saya sesuai or tidak untuk buat IUI...
Semoga dipermudahkan urusan saya yer...
Kat blog ni je lah saya boleh luahkan apa yg tersembunyi didalam hati...bab2 macam ni..even bbf sekalipun x dapat nak tlg kita....Hanya diri sendiri dan Allah sahaja yang Maha Mengetahui segalanya.

Wrote by
Mummy Adam
12.02.2016

Thursday, February 11, 2016

MOPD TCA

Assalamualaikum,

Tajuk nak gempak...mana lah orang lain nak faham kan.
Btw tu nama melayunya adalah klinik pakar perubatan. Tu khas tuk orang2 yang sakit darah tinggi..kencing manis dan lain2 yang bergabung dalam 1 klinik kat Hospital Pakar ni.
Disebabkan tiada pakar neurologi kat klinik ni..maka saya pun di refer kesini...

Ok..sepatutnya appoinment saya adalah pada bulan disember 2015. Tapi saya fedup kecewa xnak pergi. So kena buat appoinment baru lah gamaknya...dapat lah bulan februari.
So kena mula tca balik...tca ni macam review pesakit baru lah kiranya. Macam aku yg ngelat appoinment mmg wajib tca. Hehehe

Dah jumpa doctor...so far saya xda masalah lain dah.  Cuma fatty liver macam yang saya ceritakan kt entry Ultrasound tu. Result darah so far ok lah....cuma prolaktin still 651mmg. Angka yg agak tinggi.....
Tak tahu dah cara nak turunkan prolaktin tu. Bosan asyik dengar cerita prolaktin jer.
Tapi kena usaha lagi nak turunkan prolatin tu...
Semoga dipermudahkan yer.


Wrote by
Mummy Adam
11.02.2016

Wednesday, February 10, 2016

Ultrasound

Assalamualikum sahabat2 mayaku...

Macam buat suspen je tajuk tu kan...
31 Januari haritu aku dah selamat jalani ultrasound untuk hati...
Selama seminggu sebelum tarikh appoinment aku gigih consume oat bran..tak ingat jenama apa.
Nanti aku cerita kat entry lain pasal oat bran tu.

Berbalik pada cerita ultrasound aku tu...
Appoinment aku adalah pada jam 8.00 pagi
Kena puasa dari 10.00 mlm semalam...
Agak kelaparan disitu..
Masa giliran aku dah sampai...dupdap jantung..
Banyak perkara negatif aku fikirkan...

Allhamdulillah...
Doct cina yang lemah lembut tu cakap...xda apa2 ketumbuhan kat mana2 bahagian dalam organ dalaman
Cuma ada lemak di hati.....
Kisahnya...aku tengah berfikir...macam mana nak hilangkan lemak2 dihati tu.
Adakah lemak itu punca aku kurang subur?..

Sahabat2....ada petua ke pasal nak singkirkan lemak hati.?......
Bolehlah berkongsi yer....
Terima kasih kerana sudi baca luahan hati ini...sob..sob

 I wish ultrasound aku nampak mcm ni...ada baby...
Doakan next ultrasound aku dah ada baby yer...

Wrote by
Mummy Adam
10.02.2016