Daisypath Anniversary tickers

Monday, January 25, 2016

TTC Januari Gagal!

TTC untuk Januari 2016 ini nampaknya gagal.
Sempat bersama suami dari lepas period sampai cd 10 sahaja.
Now suami dah outstation....
Hati harini sangat susah hati...kenapa Allah bagi dugaan macam ni.
Kadang2...bila suami ada kat rumah, cycle tetiba jadi panjang sampai 40 hari.
Bila suami jauh...cycle jadi pendek pulak 28 - 32 hari.
Kenapa Allah permainkan hidup saya?....
Dah 4 tahun macam ni. Bila masa nak subur je...suami akan outstation.
Macam mana nak mengandung kalau peluang untuk bersama masa subur tu tiada.
Dah nak masuk 5 tahun perkahwinan ni tiada seri tawa kanak2 di dalam rumah.

Orang lain dah tambah2 anak dah....
Raya tahun ni giliran di kampung suami...macam mana nak hadapi manusia2 yang suka bertanya bila nak ada anak.
Dahlah biras balik kampung jgk raya ni...tu pun baru je menambah anak. Aku ni masih sendiri bersama suami. Dahlah minggu ni nak pergi amik darah kat hospital. Nampaknya kena pergi seorang2 lagi lah ni.
Appointment dengan doct awal bulan feb ni. 
Apa yang perlu aku buat untuk ttc 2016 ni....?
Perlukah buat IUI...
Pelukah makan clomid lagi..setelah gagal 3 cycle tahun 2015...
Perlukah buat IVF...
Perlukah amik anak angkat....
banyak betul persoalan di dalam otak ni...


Wrote by
Mummy Adam
25.01.2016

1 comment:

  1. Semakin tinggi iman seseorg itu semakin besar ujian diberikan. Sabarlah ada tu dah berbelas tahun (keluarga kakaklah) baru dpt anak, jadi jgn putus asa. Allah maha mengetahui apa yg kita tak ketahui.

    ReplyDelete