Daisypath Anniversary tickers

Monday, January 25, 2016

TTC Januari Gagal!

TTC untuk Januari 2016 ini nampaknya gagal.
Sempat bersama suami dari lepas period sampai cd 10 sahaja.
Now suami dah outstation....
Hati harini sangat susah hati...kenapa Allah bagi dugaan macam ni.
Kadang2...bila suami ada kat rumah, cycle tetiba jadi panjang sampai 40 hari.
Bila suami jauh...cycle jadi pendek pulak 28 - 32 hari.
Kenapa Allah permainkan hidup saya?....
Dah 4 tahun macam ni. Bila masa nak subur je...suami akan outstation.
Macam mana nak mengandung kalau peluang untuk bersama masa subur tu tiada.
Dah nak masuk 5 tahun perkahwinan ni tiada seri tawa kanak2 di dalam rumah.

Orang lain dah tambah2 anak dah....
Raya tahun ni giliran di kampung suami...macam mana nak hadapi manusia2 yang suka bertanya bila nak ada anak.
Dahlah biras balik kampung jgk raya ni...tu pun baru je menambah anak. Aku ni masih sendiri bersama suami. Dahlah minggu ni nak pergi amik darah kat hospital. Nampaknya kena pergi seorang2 lagi lah ni.
Appointment dengan doct awal bulan feb ni. 
Apa yang perlu aku buat untuk ttc 2016 ni....?
Perlukah buat IUI...
Pelukah makan clomid lagi..setelah gagal 3 cycle tahun 2015...
Perlukah buat IVF...
Perlukah amik anak angkat....
banyak betul persoalan di dalam otak ni...


Wrote by
Mummy Adam
25.01.2016

Thursday, January 21, 2016

Tahun Baru 2016

Assalamualaikum

Masih belum terlambat untuk ucapkan selamat tahun baru,..semoga tahun ini akan lebih baik dari tahun2 yang sebelumnya.
Maaflah dah setahun blog ni menyepi tanpa berita.......banyak kisah suka duka yang x mampu nak diungkapkan. Tersimpan rapi di dalam hati......
 Untuk pengetahuan saya masih ber ttc....belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata.....tahun ni masuk tahun ke 5...di ulangi tahun ke 5 perkahwinan aku dan suami.
Nak tanya lah pada kawan2 yang dah alami apa yang aku lalui,,,,,...apa yang patut aku lakukan sekarang ni ha?
Rasa masih blur2 pulak......
Perasaan sedih tu memang lah terasa di dalam hati ni,.....kena kuat dan tabahkan hati je lah kan. Walaupun keluarga suami dah hint2 bila lagi nak mengandung.... Kalau ada harta tapi anak xde susah jugak kan...

Semoga tahun 2016 aku akan dapat rezeki untuk menimang anak sendiri....kawan2 doakan taw...aamiinn
Wrote by
Mummy Adam
22.01.2016