Daisypath Anniversary tickers

Monday, March 11, 2013

Khas Buat Kes Lahad Datu

Assalamualaikum semua...

Entry nie khas buat apa yang berlaku di Lahad Datu, Sabah..
Semoga semua ahli keluarga, sahabat handai serta penduduk Sabah khasnya Lahad Datu dalam lindungan Allah s.w.t... Al-Fatihah buat wira-wira yang gugur dalam mempertahankan Negara. Semoga dicucuri rahmat dan berada dikalangan orang-orang yang beriman..
Pada wira-wira yang masih meneruskan perjuangan, moga Allah lindungi dari kejahatan. Ajal dan maut ditangan tuhan. Tetapi mereka yang x berhati perut mengambil nyawa sebelum tiba masanya adalah sangat dilaknat. Semoga Allah beri balasan apada apa yang telah mereka lakukan...

Pada pengganas Sulu... adakah kamu tidak malu mengaku Askar Kesultanan Sulu Muslim sejati! Adakah islam diajar untuk berbuat jahat pada orang lain. Saya merayu pada pengganas Sulu. Hentikan lah pertumpahan darah ini. Tiada gunanya untuk mengambil balik Tanah Sabah yang kononnya milik mereka. Kerana kini Sabah sudah bersama Malaysia. Tiada isu tanah Sabah milik siapapun. Kami anak-anak peribumi Sabah x menghalalkan perbuatan kamu. Ingatlah apa yang terjadi semuanya akan dihitung pada akhirat nanti...

Pada Pengganas Sulu, perbuatan kamu ini cuma akan menjatuhkan Martabat kamu. Kerana selepas ini, kaum kamu akan dianggap pengganas walaupun sebenarnya mereka x melakukan apa kekejaman yang kamu lakukan. Ingatlah, hiduplah dengan aman di Sabah kerana Kerajaan dah beri semua kemudahan yang kita perlukan. Tanah milik ini milik Allah dan pada tanah juga kita akan bersemadi. Kerana dunia ini sementara saja. Hanya iman dan amal yang akan dibawa ke akhirat nanti..

No comments:

Post a Comment