Assalamualaikum semua...
Entry nie khas buat apa
yang berlaku di Lahad Datu, Sabah..
Semoga semua ahli
keluarga, sahabat handai serta penduduk Sabah khasnya Lahad Datu
dalam lindungan Allah s.w.t... Al-Fatihah buat wira-wira yang gugur
dalam mempertahankan Negara. Semoga dicucuri rahmat dan berada
dikalangan orang-orang yang beriman..
Pada wira-wira yang masih
meneruskan perjuangan, moga Allah lindungi dari kejahatan. Ajal dan
maut ditangan tuhan. Tetapi mereka yang x berhati perut mengambil
nyawa sebelum tiba masanya adalah sangat dilaknat. Semoga Allah beri
balasan apada apa yang telah mereka lakukan...
Pada pengganas Sulu...
adakah kamu tidak malu mengaku Askar Kesultanan Sulu Muslim sejati!
Adakah islam diajar untuk berbuat jahat pada orang lain. Saya merayu
pada pengganas Sulu. Hentikan lah pertumpahan darah ini. Tiada
gunanya untuk mengambil balik Tanah Sabah yang kononnya milik mereka.
Kerana kini Sabah sudah bersama Malaysia. Tiada isu tanah Sabah milik
siapapun. Kami anak-anak peribumi Sabah x menghalalkan perbuatan
kamu. Ingatlah apa yang terjadi semuanya akan dihitung pada akhirat
nanti...
Pada Pengganas Sulu,
perbuatan kamu ini cuma akan menjatuhkan Martabat kamu. Kerana
selepas ini, kaum kamu akan dianggap pengganas walaupun sebenarnya
mereka x melakukan apa kekejaman yang kamu lakukan. Ingatlah,
hiduplah dengan aman di Sabah kerana Kerajaan dah beri semua
kemudahan yang kita perlukan. Tanah milik ini milik Allah dan pada
tanah juga kita akan bersemadi. Kerana dunia ini sementara saja.
Hanya iman dan amal yang akan dibawa ke akhirat nanti..