Ketumbuhan Dalam Kilang Pituitari
Jika
wanita tersebut tidak mengalami masalah tumpah darah, gangguan haid munkin disebabkan
oleh ketumbuhan dalam kilang pituitary, khususnya ketumbuhan yang mengeluarkan
sejenis hormon prolaktin. Biasanya, bagi wanita yang mengalami masalah seperti
ini, buah dadanya akan mengeluarkan air susu. Air susu kadang-kadang keluar
dengan sendirinya, dan dalam kebanyakan kes ia perlu dikeluarkan dengan memicit
puting buah dadanya sama ada dilakukannya sendiri ataupun boleh doktor yang
memeriksa.Apabila
diuji darahnya untuk menyukat hormon prolaktin, didapati hormon ini melambung
tinggi. Dalam hal demikian, penting baginya menjalani pemeriksaan X-ray pada
kilang pituitary dalam otaknya.Sebahagian
besar wanita yang saya rawati tidak mengalami sebarang ketumbuhan, hanya setakat
kilang pituitarinya mengeluarkan hormon yang berlebihan menyebabkan haidnya
tidak datang dan buah dadanya mengeluarkan susu.Biasanya
wanita ini mengalami masalah tidak
subur atau mandul. Ketumbuhan di kilang ini juga boleh menekan urat saraf penglihatan
menyebabkan daya penghilatannya terganggu. Wanita tersebut selalunya saya berikan
ubat khusus iaitu ubat Bromocryptin sehingga pusingan haidnya pulih semula
atau sehingga dia hamil. Jika ada ketumbuhan pada kilang pituitary, ia menjadi
kecut dan pulih sediakala.
No comments:
Post a Comment