Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 3, 2012

Wanita mengalami sindrom ovari polisistik sukar hamil

Kitaran haid tidak teratur? Ada perdarahan sedangkan bukan masanya datang bulan? Boleh jadi anda mengalami sindrom Ovari Polisistik.

Polisistik ovari atau PCO ialah keadaan yang mana terdapat tidak kurang daripada 12 folikel pada satu ovari. "PCO berbeza dengan sista. PCO hanyalah folikel-folikel kecil berukuran 5 hingga 7 mm. Manakala sista pula ialah suatu keadaan yang mana terdapatnya ruang berisi cecair atau objek pejal yang terlekat  pada ovari," jelas Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Dr. Calvin Tjong.

Satu ovari biasanya memiliki jutaan folikel. Folikel ialah calon sel telur atau ovum. Dalam satu kitaran haid, beberapa folikel akan membesar dan satu daripadanya akan matang. Folikel yang matang biasanya berukuran 18 hingga 25 mm.

Folikel yang matang ini kemudiannya akan pecah dan berubah menjadi sel telur. Proses ini dikenali sebagai pengovulan. Namun jika perkembangan folikel-folikel terhalang, pengeluaran hormon estrogen akan meningkat dan keadaan ini akan mengakibatkan pembentukan selaput lendir pada rongga rahim (uterus).

Lama kelamaan, hormon estrogen yang terkumpul itu akan menyebabkan selaput lendir pada rongga rahim menebal. Keadaan ini akan memberi kesan kepada peredaran darah pada dinding rahim lalu mencetuskan simptom amenorea, kitaran haid tidak teratur dan pendarahan.

Folikel-folikel yang gagal matang tidak semestinya berpotensi menjadi PCO.  Namun, jika keadaan ini disertai dengan gangguan pada kitaran haid dan wujudnya hormon androgen berlebihan, cepat-cepatlah berjumpa doktor. Lakukan pemeriksaan riwayat penyakit (anamnesis) tentang selang masa, tempoh dan volum pendarahan selama tiga bulan terakhir.

Punca sebenar terjadinya PCO masih belum dikenal pasti, justeru belum ada langkah pencegahan yang boleh  dilaksanakan.

Ketiadaan sel telur yang matang akan menyebabkan wanita yang mengalami sindrom PCO sukar untuk hamil. Rawatan yang dapat dilakukan pula bergantung kepada tujuan rawatan:

1.  Pemberian ubat kesuburan bagi wanita yang ingin hamil.
Ubat kesuburan akan merangsang pengovulan sehingga memungkinkan kehamilan.

2.  Mengurangkan berat badan sekurang-kurangnya 10% bagi wanita yang memiliki berat badan berlebihan.
Berat badan yang tidak seimbang akan mengganggu sistem hormon dalam tubuh.

3.  Rawatan antidiabetes untuk meminimumkan rintangan insulin.
Rintangan insulin disyaki mencetuskan perubahan abnormal pada folikel-folikel bakal sel telur ini.

Selain terapi, ada juga cara perubatan lain yang boleh dilakukan.  Antaranya:
-  Laparoskopi  iaitu tindakan meminimumkan bilangan folikel pada ovari dengan  menggunakan laser.
-  Reseksi Baji Ovari (Ovarian Wedge Resection) iaitu tindakan mengambil sebahagian tisu ovari melalui pembedahan.



Oleh Ste Ayesha
Ulasan oleh Dr. Calvin Tjong (Pakar Obstetrik dan Ginekologi)
Hospital Puri Indah
Sumber: www.meetdoctor.com

Friday, November 9, 2012

Citer pasal period

Assalamualaikum semua...lama x menulis disini..

Saya ada benda nak share. Pasal period sikit yang kalau dulu masa bujang asal period jer melimpah ruah, siap tembus lagi kalu lambat tukar pad.

Itu yang saya alami sekarang...dalam beberapa bulan ne saya terfikir untuk kaji benda nie..
Ok lets say sebelum saya pregnant, means masa bujang dulu lah...period memang banjir...1 hari kena tukar hingga 5 6 kali pad.... lepas keguguran aritu sampai sekarang period bila datang sedikit jak...2 hari light atau medium..hari ketiga tinggal spotting jer.. kawan2 ada alami tak...

So kesimpulan yang saya dapat..haid sedikit berkait dengan hormon yang bertanggungjawab dengan telur yang kita hasilkan setiap bulan. Kerana saya ada hormon prolaktin yang tinggi, so setiap bulan saya tidak akan bertelur atau telur x matang kerana hormon tersebut.

Saya pernah mencuba macam2 suplement untuk stabilkan hormon. Dan yang paling tepat untuk stabilkan hormon adalah dengan mengambil EPO yang mengandungi GLA. Ini adalah kerana dengan pengambilan EPO hormon saya jadi stabil berbanding dengan tidak mengambil EPO hormon saya melambung tinggi.
So pada sesapa yang ingin pregnant lebih baik pergi Hospital atau mana2 klinik minta cek darah untuk ketahui hormon mana yang x stabil...

Thursday, October 11, 2012

Friday, October 5, 2012

Chart yang cantik

Dah 15 dpo...suhu masih cantik lg..tp sakit breast dah berkurangan...mungkin cik p ond way la tuh
Tak nak lah mengharap sangat..kang kecewa frust menonggeng plak,.....


Thursday, October 4, 2012

Fed Up

Semalam pergi Hsa Appoiment Endocrine...
Dapat fail trus snap gambar result....kalu nurse nampak kompom kena marah...
Then airmata bertititik2 jatuh ke pipi....dalam hati tertanya...napa result macam ne...hari tu dah ok...nape naik balik...apa benda yang aku makan....
So the doct tanya, plan nak ada baby ker...and ku jawab yes...
Resultnya doct bagi ubat Bromocriptine untuk 2 bulan....sedih kan....
Entry sedih tu berterusan sampai ke malam...majuk dengan husbend lah...majuk hal kecil2 la....sedih kan...
Harini pi keja mata bengkak...sesuaiiiii okkkk...

Wednesday, September 26, 2012

Kisah dietku 26.9.12 -day 10



Sarapan Pagi
Nescafe 3 in 1
Biskut tiger  4pc

Makan Tengah Hari

Nasi
Ikan bilis
Sup Ayam
Apam
Jambu Batu

 Makan Malam
Roti Coklat kismis
Nescafe Mocha

Kisah dietku 25.9.12 -day 9


 Sarapan Pagi
Burger Ayam
Telur Goreng
Milo Ais

Makan Tengah Hari
Roti Spicy Chick Floss
Roti Ota Balckpepper

Makan Malam
Nasi Putih
Daging masak Kicap
Sayur Kacang Panjang