Daisypath Anniversary tickers

Friday, July 5, 2013

BROMOCRIPTIN

Setelah jumpa doct pakar pada januari lepas...tiba lah masa untuk temujanji 6 bulan kemudian plak.
20.Jun 2013...amik darah untuk prolaktin.
03.July 2013 jumpa doct......timbang berat 64kg turun 1 kg (kena kurangkan lagi)
Blood pressure 100/60.....Gula dalam darah 4.9mmol...
Prolaktin ........805....... Januari ari tu result prolakrin 200++ jer....tetibe naik.
no wonder lah ada susu keluar dari breast....kecewanya....frustttt....
alkisahnya ia adalah disebabkan aku telah berhenti makan bromocriptin selama sebulan,dan cuma  makan kembali pada 1 julai aritu.....kelasss tak mak??.....
So doct bagi makan bromocriptin untuk usaha mengandung selama 6 bulan lagi.....

Disamping itu aku usaha makan evening primerose setelah bertahun ditinggalkan....
3000mg sehari..agak2 ble keracunan tak...untukmu baby ku kuatkan juga badan...walaupun epo nie membuatkan selera makan menjadi2....sabarrrrrrr...
Jus perawan makan 2 kali sehari.....

Jadualnya :-

Bangun pagi - Minum segelas air
Lepas mandi - Jus perawan

8.00 am - Spirulina
9.00 am - epo
1.00 pm - epo
5.00 pm - Jus Perawan
7.00 pm  - epo
10.00 pm - Bromocriptin

Untuk makan semua supplemnet tersebut mestilah selepas makan yer...dan minum banyak2 air.....

chaiyok....!...chaiyok....!

Tuesday, May 7, 2013

Result Prolaktin

Inilah result prolaktin saya...tinggi kan...
Nanti saya upload yang terbaru plak...

Monday, March 11, 2013

Khas Buat Kes Lahad Datu

Assalamualaikum semua...

Entry nie khas buat apa yang berlaku di Lahad Datu, Sabah..
Semoga semua ahli keluarga, sahabat handai serta penduduk Sabah khasnya Lahad Datu dalam lindungan Allah s.w.t... Al-Fatihah buat wira-wira yang gugur dalam mempertahankan Negara. Semoga dicucuri rahmat dan berada dikalangan orang-orang yang beriman..
Pada wira-wira yang masih meneruskan perjuangan, moga Allah lindungi dari kejahatan. Ajal dan maut ditangan tuhan. Tetapi mereka yang x berhati perut mengambil nyawa sebelum tiba masanya adalah sangat dilaknat. Semoga Allah beri balasan apada apa yang telah mereka lakukan...

Pada pengganas Sulu... adakah kamu tidak malu mengaku Askar Kesultanan Sulu Muslim sejati! Adakah islam diajar untuk berbuat jahat pada orang lain. Saya merayu pada pengganas Sulu. Hentikan lah pertumpahan darah ini. Tiada gunanya untuk mengambil balik Tanah Sabah yang kononnya milik mereka. Kerana kini Sabah sudah bersama Malaysia. Tiada isu tanah Sabah milik siapapun. Kami anak-anak peribumi Sabah x menghalalkan perbuatan kamu. Ingatlah apa yang terjadi semuanya akan dihitung pada akhirat nanti...

Pada Pengganas Sulu, perbuatan kamu ini cuma akan menjatuhkan Martabat kamu. Kerana selepas ini, kaum kamu akan dianggap pengganas walaupun sebenarnya mereka x melakukan apa kekejaman yang kamu lakukan. Ingatlah, hiduplah dengan aman di Sabah kerana Kerajaan dah beri semua kemudahan yang kita perlukan. Tanah milik ini milik Allah dan pada tanah juga kita akan bersemadi. Kerana dunia ini sementara saja. Hanya iman dan amal yang akan dibawa ke akhirat nanti..

Friday, March 1, 2013

Muhasabah Diri

Setiap manusia ada cabaran dan ujian untuk memadam dosa2 kecil dan mengangkat darjat kita lebih tinggi....insyallah 1 hari nanti...

Tuesday, February 19, 2013

Kosong

Assalamualaikum warga alam maya...

Harini hari ke-3 hubby xde disisi....
Hubby outstation selama 2 bulan...
So maksudnya aku akan berhenti ttc selama tempoh tu...ubat, BBT dan lain2 akan stop untuk 2 bulan akan datang.
Ada juga terlintas dalam fikiran untuk stop saja semua usaha ttc..bukan fedup tapi lebih pada redha atas ketentuan Allah dan ujianNya pada kami suami isteri. 
Dan rasanya ini adalah masa terbaik untuk lupakan kisah aku dan adam...sebab bila difikirkan balik, aku mungkin terlalu banyak memikirkan zuriat...zuriat...zuriat. Bila kenang jer,masa period ataw masa2 yang tertentu mesti touching giler teringatkan adam.
 Teringatkan kenangan bersama adam....semua memori itu membuat aku lupa pada keadaan yang sepatutnya aku lakukan, iaitu memberi yang terbaik buat suamiku. 
Bila ada masalah, salahkan dia...blame dia punca semua nie. 
Tapi dari sudut dia aku tak pernah terfikir mengapa semua nie terjadi. 
Yang aku tahu semua aku yang betul....semua dia yang salah. Sampai macam tu sekali aku layan dia... Moga Allah ampunkan dosaku pada dia.
 Hubby aku minta maaf ya....rasa nak nangis jer..

Thursday, January 31, 2013

EGGWHITE CM

Wah....sebenarnya dah lama x jumpe eggwhite...
X sangka semalam dapat jumpa eggwhite...tu pun keluar masa aku tengah gedik2 goda hubby...patutlah gedik semacam....harap2 ada rezki cycle nie....thanks Allah..