Daisypath Anniversary tickers

Thursday, January 31, 2013

EGGWHITE CM

Wah....sebenarnya dah lama x jumpe eggwhite...
X sangka semalam dapat jumpa eggwhite...tu pun keluar masa aku tengah gedik2 goda hubby...patutlah gedik semacam....harap2 ada rezki cycle nie....thanks Allah..

Thursday, January 24, 2013

Maulidur Rasul 2013

Salam untuk junjungan kami Nabi Muhammad....

Pada semua kawan...salam  maulidur rasul..

Tuesday, January 22, 2013

Wednesday, January 16, 2013

Episod Jumpa Pakar Diet Hospital Sultanah Aminah

Assalamualaikum semua, seronok semalam aku dah jumpa pakar diet yang disyorkan oleh Doktor Pakar yang selalu aku pergi jumpa untuk kes Prolaktin tu...
So....pakar diet tu bagi penerangan bla..bla...bla....
Ooo...baru faham konsep diet, no wonder lah selama ini dietku selalu kelautttt..
Kejap naik...kejap turun...konon2 skip meal boleh kurangkan berat badan. Huh rupanya badan kita nie x boleh skip meal. Boleh makan tapi dalam kuantiti yang sedikit. Yang paling penting sarapan kena amik juga ok!!...sebab itulah yang akan memanaskan enjin metabolisme kita..berat sikit pon xpe katanya. Tengah hari boleh makan nasi tapi kuantiti yang sedikit. Malam pon macam tu juga makan sedikit sebelum jam 8 malam. Tapi kalau boleh tahan lapar...rasanya x payah makan malam kot. Minum susu jer... So apalagi kawan2 jom diet....beberapa ari nie aku makan sayur dengan ikan pari jer,...xdok nasi...harap2 dah turun. Isnin nanti nak timbang. Semalam timbang kat hospital 65.5kg ok....dah kurang 1.5 kg.. Tolonglah jangan naik lagi plezz....target sampai isnin depan 64kg plak.....boleh tak???????

Monday, January 14, 2013

Cabaran Diet 6 bulan bermula sekarang

Still teringat lagi kata2 doktor...
 ' see u in 6 month later,..lose your weight becoz now is overweight thats why can't conceive'..

So kawan2...saya ada hanya ada 6 bulan saja untuk capai berat badan ideal.
Konon2 semalam adalah last day makan2...so apalagi makan sampai x ingat dunia ooo..
nasib baik dah makan appleslym untuk buang semua yang saya makan semalam tu.
Hari nie konon2 dah diet....harap2 tahan sampai ke petang....Tekad Nieee!!!!

Metro Harian -Tidak boleh hamil lagi


BARU-BARU ini saya ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan dan diberitahu saya mempunyai telur tidak matang (kurang telur) yang menyebabkan saya tidak boleh hamil lagi.
Bagaimanakah cara me­ngatasi masalah ini supaya saya boleh hamil? 
ANISA, 
Kuala Lumpur
 

ANDA tidak menyatakan usia anda, tempoh kitaran haid (sama ada teratur atau sebaliknya serta bilangan hari kitaran), sama ada anda sedang mengambil sebarang ubat ketika itu, kaedah pemeriksaan yang dilakukan yang mengatakan anda tidak mempunyai telur matang serta hari ke berapa dalam kitaran haid anda kaedah pemeriksaan terbabit dilakukan.

Saya jangka anda sebenarnya menjalani sama ada imbasan ultrabunyi pelvis secara trans-­vaginal ataupun menjalani ujian darah hormon kesuburan. 

Kurang telur boleh memberi dua makna yang berbeza yang perlu dipastikan terlebih dulu. Wanita yang tidak mengambil sebarang ubat kesuburan dikatakan kurang telur apabila didapati bilangan kantung telur awal kitaran (folikel antral) sedikit saja. Ini lazimnya berlaku dalam keadaan seperti menghampiri menopaus. 

Jika bilangan folikel antralnya mencukupi tetapi malangnya tiada satu pun kantung terbabit yang mencapai saiz matang pada waktu yang dijangkakan, maka wanita terbabit dikatakan mempunyai masalah telur tidak matang (bukannya kurang telur). 

Ini berbeza dengan wanita yang sedang menjalani rawatan ubat kesuburan. Wanita yang sedang menjalani rawatan ubat kesuburan pula dikatakan kurang telur apabila imbasan ovari menunjukkan tiada, satu atau sedikit saja kantung 
telur yang membesar berbanding dos atau jenis ubat yang diberikan. Ia memberi makna ubat serta dos terbabit kurang mencukupi dan perlu ditambah. 

Sekiranya anda tidak mengambil apa-apa ubat kesuburan pada kitaran itu dan anda sememangnya mempunyai kitaran haid yang tepat atau teratur, maka imbasan ovari pada hari kitaran yang menghampiri waktu ovulasi menunjukkan terdapatnya satu saja kantung telur dengan saiz yang sesuai (dikatakan telur matang) manakala kantung lain pula bersaiz lebih kecil. 

Jika sebenarnya anda tidak menjalani imbasan trans-vaginal pelvis tetapi hanya menjalani ujian darah (ukuran paras hormon progesteron), keputusan ujian darah itu juga tidak semestinya boleh diterima pakai kerana tarikh ujian berkenaan sepatutnya dilakukan amat bergantung kepada tempoh kitaran haid anda, bukan semestinya pada hari ke-21 saja. 

Sukar untuk melabelkan seseorang itu mempunyai masalah telur tidak matang dengan sekali pemeriksaan saja. Ada pula keadaan lain iaitu telur lambat matang (ini dapat dilihat sewaktu imbasan beberapa hari kemudian), ada juga keadaan telur tidak matang hanya untuk bulan terbabit saja. Tambahan pula, ada kemungkinan telur sememangnya matang setiap bulan tetapi bukan pada hari yang dijangkakan atau diperiksa. 

Sekiranya bilangan kantung telur awal (folikel antral) mencukupi, terdapat dua pilihan. Anda boleh memilih untuk menjalani imbasan ultrabunyi pelvis trans-vaginal secara berturutan sehingga menunjukkan kantung telur sudah mencapai saiz matang serta kemudiannya kantung telur terbabit sudahpun ‘pecah’ (ovulasi). 

Pilihan kedua (terutama jika anda sememangnya mengalami masalah sukar ovulasi) adalah dengan mengambil ubat subur yang bersesuaian bertujuan untuk memperoleh satu atau dua kantung telur yang matang. Ini sudah mencukupi untuk memberi anda peluang ovulasi (kadangkala bilangannya boleh tiga atau lebih banyak lagi). 

Kenyataan anda mengenai tidak boleh hamil lagi juga perlu disahkan. Tidak boleh hamil lagi berbeza dengan belum boleh hamil lagi. Tidak boleh hamil lagi bermakna anda tidak akan boleh hamil lagi kerana bilangan kantung telur sangat sedikit kerana anda menghampiri menopaus ataupun sebenarnya sudahpun menopaus. 

Belum boleh hamil lagi pula bermakna anda sebelum ini belum hamil kerana mempunyai masalah ovulasi yang boleh diubati dengan pemberian ubat subur. 

Selain itu, anda perlu faham terdapat juga faktor lain yang mempengaruhi kesuburan. Bagi wanita, tiub fallopio dan rahim juga penting manakala bagi lelaki adalah bilangan dan kualiti sperma di dalam air maninya. Adakah ini juga sudah diperiksa?


Wednesday, January 2, 2013

Prolaktin Dah Normal!!

Pagi nie hujan turun dengan lebatnya...
Aku dah bangun awal2 pagi sebab harinie appoinment jumpa Doktor Pakar Endocrine..
Dah dua kali lupa bawa GL...kakak kerani tu dah sound,kalau x bawa GL lagi next time alamatnya kena bayar ler...
Amek nombor 3214....hebat tak nombor tersebut....tapi x sehebat nombor Result Prolaktin yang minggu lepas aku pergi amik darah. Jeng jeng jeng...Resultnya 208 okkkkkk.....NORMAL!!!
Doctor suggest untuk kurangkan berat badan..sebab dah overweight sangat..Doct cakap kalau nak mengandung mesti kurangkan berat badan. So aku kena kurangkan sebanyak 15kg lemak berkrim nie..
So 15hb nie appointment untuk jumpa Pakar Pemakanan. Hope boleh brainwash sikit otak nie...