Kitaran
haid tidak teratur? Ada perdarahan sedangkan bukan masanya datang
bulan? Boleh jadi anda mengalami sindrom Ovari Polisistik.
Polisistik ovari atau PCO ialah keadaan yang mana terdapat tidak kurang daripada 12 folikel pada satu ovari. "PCO berbeza dengan sista. PCO hanyalah folikel-folikel kecil berukuran 5 hingga 7 mm. Manakala sista pula ialah suatu keadaan yang mana terdapatnya ruang berisi cecair atau objek pejal yang terlekat pada ovari," jelas Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Dr. Calvin Tjong.
Satu ovari biasanya memiliki jutaan folikel. Folikel ialah calon sel telur atau ovum. Dalam satu kitaran haid, beberapa folikel akan membesar dan satu daripadanya akan matang. Folikel yang matang biasanya berukuran 18 hingga 25 mm.
Folikel yang matang ini kemudiannya akan pecah dan berubah menjadi sel telur. Proses ini dikenali sebagai pengovulan. Namun jika perkembangan folikel-folikel terhalang, pengeluaran hormon estrogen akan meningkat dan keadaan ini akan mengakibatkan pembentukan selaput lendir pada rongga rahim (uterus).
Lama kelamaan, hormon estrogen yang terkumpul itu akan menyebabkan selaput lendir pada rongga rahim menebal. Keadaan ini akan memberi kesan kepada peredaran darah pada dinding rahim lalu mencetuskan simptom amenorea, kitaran haid tidak teratur dan pendarahan.
Folikel-folikel yang gagal matang tidak semestinya berpotensi menjadi PCO. Namun, jika keadaan ini disertai dengan gangguan pada kitaran haid dan wujudnya hormon androgen berlebihan, cepat-cepatlah berjumpa doktor. Lakukan pemeriksaan riwayat penyakit (anamnesis) tentang selang masa, tempoh dan volum pendarahan selama tiga bulan terakhir.
Punca sebenar terjadinya PCO masih belum dikenal pasti, justeru belum ada langkah pencegahan yang boleh dilaksanakan.
Ketiadaan sel telur yang matang akan menyebabkan wanita yang mengalami sindrom PCO sukar untuk hamil. Rawatan yang dapat dilakukan pula bergantung kepada tujuan rawatan:
1. Pemberian ubat kesuburan bagi wanita yang ingin hamil.
Ubat kesuburan akan merangsang pengovulan sehingga memungkinkan kehamilan.
2. Mengurangkan berat badan sekurang-kurangnya 10% bagi wanita yang memiliki berat badan berlebihan.
Berat badan yang tidak seimbang akan mengganggu sistem hormon dalam tubuh.
3. Rawatan antidiabetes untuk meminimumkan rintangan insulin.
Rintangan insulin disyaki mencetuskan perubahan abnormal pada folikel-folikel bakal sel telur ini.
Selain terapi, ada juga cara perubatan lain yang boleh dilakukan. Antaranya:
- Laparoskopi iaitu tindakan meminimumkan bilangan folikel pada ovari dengan menggunakan laser.
- Reseksi Baji Ovari (Ovarian Wedge Resection) iaitu tindakan mengambil sebahagian tisu ovari melalui pembedahan.

Oleh Ste Ayesha
Ulasan oleh Dr. Calvin Tjong (Pakar Obstetrik dan Ginekologi)
Hospital Puri Indah
Sumber: www.meetdoctor.com