Daisypath Anniversary tickers

Thursday, March 11, 2021

Assalamualaikum 2021

Syukur ke hadrat ilahi bertemu lagi kita di tahun ini. Makluman tahun ini aku akan memulakan lagi ttc untuk kesekian kalinya. Dimulai dengan menurunkan berat badan. Kerana semenjak pkp berat naik mendadak dan mencapai 78kg okeyyyyy! 
Tu je lah nak cakap. Harap boleh buang 10kg tu. 

Friday, November 20, 2020

Im back

 Assalamualaikum pembaca sekalian,

Rindunya nak berbloggIng. Semenjak FB, Insta dan lain2 wujud. Blogging dah makin di pandang sepi. 

Sis baru saja dua bulan lepas masuk 9 tahun perkahwinan dan masih belum punyai cahaya mata. 

Sis sudah masuk dalam fasa redha dengan ketentuan Allah swt.

Sis bukan putus asa. Cuma sis berehat selama 4 tahun kebelakangan ini untuk memberi fokus kepada kehidupan selain dari memikirkan tentang ttc setiap hari.

So sis dah masuk dalam tempoh bertenang dan menjalani kehidupan seharian dengan gembira. 

Sis doakan pembaca blog sis dikurniakan cahaya mata yang diidamkan semua.


wrote by:

Mummy Adam

20/11/2020

12.05pm


Monday, March 26, 2018

Assalamualaikum 2018

Sudah berkurun lamanya since my last post.

Untuk pengetahuan im still TTC
Tahun ni nak masuk 7 tahun kahwin dan belum ada zuriat lagi.
Tipulah kalau tak sedih kan.
Cuma tak berttc sangat sebab kewangan tak mengizinkan dah...hukhukhuk

Semua appoinment di klinik untuk kesuburan saya dah closed.
Tiada lagi treatment untuk kesuburan.
Yang ada cuma menunggu untuk IUI. Dari last year tunggu..sampai sekarang belum ada panggilan.
Maklumlah buat treatment kat klinik kerajaan je.

Kehidupan...saya dengan hubby masih seperti biasa, macam pasangan masih honeymoon.
Gaduh tu dah jarang lah...hal zuriat pun kami lebih pada redha je dengan dugaan kami. Tiada bahas sanga hal zuriat ni...

Saya pula...masih struggle tuk turunkan berat badan. Now..berat saya dah mencecah 69kg hukhukhuk lagi. Entahlah...memang susah kot nak turunkan berat untuk yg PCOS ni...kannnnnn

Anyway...thanks sebab baca luahan hati saya.

Sunday, March 13, 2016

IUI 1/2016 Gagal

Assalamualaikum....

Dengan ini diumumkan Iui pertama saya dah gagal sebab period datang tepat pada waktunya.
Sedih sangat...tapi tak terkeluar air mata. Puas pujuk hati untuk menangis...tapi tak nangis2 jg..
Sebab kalau dah nangis kan hati jadi tenang....


jap entry bersambung..nak breakfast dulu

Wednesday, February 17, 2016

Perjalanan IUI 1/2016

Assalamualaikum......

Seperti yang saya bincangkan sebelum ni....
Kemungkinan saya akan proceed IUI, memandangkan suami dah masuk umur 30 tahun dan saya dah masuk 29 tahun.
So 1st period saya jatuh pada 10.02.2016. 
Hari kedua period saya terus ke Klinik untuk rawatan kesuburan.
So masa hari kejadian.....appoinment saya adalah pada waktu petang.
Tapi kejap je bincang2 dengan doct julie tu....
Dia scan perut...lepas tu bagi penerangan2 sikit..
Dan mengikut history ttc saya....doct suggestkan makan ubat subur.
Ubat yang dibekalkan :
Clomid - 150mg x 5hari
Metformin - 500mg x 30hari
Bromocptin - 1/2 pil x 30hari
Ubat tahan muntah...tak ingat nama makan sekali dengan bromocriptin
Kos
Consultation : RM 40
Scan : RM 40
Ubat : RM115
Total : RM 195.00

Nex appoinment 23.02.2016 untuk cek telur2 samada berjaya membesar atau tidak...dan kalau besar kemungkinan akan proceed IUI sekali
Semoga Allah izinkan saya menimang cahaya mata sendiri...aamiinnn


Wrote by
Mummy Adam
27.02.2016

DIET LAGI

Assalamualaikum teman alam maya...

Harini entry kita semestinya sinonim dengan wanita..iaitu berat badan.
Sejujurnya masa tengah taip entry arini...berat aku adalah 65.4 kg.
Januari aritu = 71.00kg
Harini Feb = 65.4
Maknanya aku dah berjaya buang 5.6kg
Itu pun aku guna kaedah diet atkins yang x berapa nak atkins sangat.
Kira low carb je...sbb ada carbs yang aku kadang bedal je..

So rasa-rasa aku kna continue tak diet atkins tu...sbb aku tengah makan ubat hormon
jadi nafsu makan tu membuak-buak macam singa lapar.
Kadang rasa macam hypo pulak....

Aku cadang nak buat diet kira kalori...tapi aku takut sbb badan aku ni sensitif carbohydrates!
blurrrr.......xtaw nak buat apa. Hormon2 badan ni buat aku susah nak turunkan lagi 10kg tu.

please bagi suggestion...


Wrote by
Mummy Adam
17.02.2016